13 January 2011

Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di Kelantan

Politik atau isu semasa??? hehe... Mesti la isu semasa kn... sbb sy orang Kelantan... Saya suka membaca yang ni.. mungkin ramai yg tak tahu.. sekadar berkongsi..
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan UMNO/Barisan Nasioanl ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan 2 hala menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 sewaktu Pilihanraya Kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku Pilihanraya Kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta yang dijanjikan di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.

Tegasnya lagi, tiga soalan itu sudah cukup untuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum bertanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan yang lain dijanjikan pemimpin UMNO/Barisan Nasional.

"Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh UMNO/Barisan Nasional di dalam menarik sokongan rakyat.

"Apa lagi yang ada pada UMNO/Barisan Nasional jika tidak hanya berjanji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat," ujar Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Minggu lalu dalam satu kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa projek tebatan banjir di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana membabitkan kos RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2011 yang lalu mengumumkan pembinaan Menara Warisan bernilai RM5 bilion yang mendapat pertikaian pelbagai pihak.
By Topeng Perak Unmasked

No comments: