Percubaan buat jeruk buah sentul.
Kisahnya buah sentul banyak dari kampung. Daripada bazir buah rosak, baik cuba buat jeruk.
Caranya senang je. Mula-mula kopek kulit buah dan rendam air garam selama 3 hari.
Dah cukup 3 malam (macam gambar), bilas buah dengan air.
Kemudian buat air gula pekat dan masukkan buah tadi.
Kemudian tunggu 2-3 malam.