Showing posts with label Kajian. Show all posts
Showing posts with label Kajian. Show all posts

11 September 2011

Re-post: Perempuan lebih ramai curang: Statistik


Re-post entry saya yg dulu: 
                           http://kamispot.blogspot.com/2011/01/perempuan-lebih-ramai-curang-statistik.html
Selamat Petang rakan2 blogger semua...

Entry ini saya tulis sebagai Reply Entry kepada entry yg ditulis oleh Cik Coklat.
Entry beliau yg bertajuk: 'Aku selalu dengar orang cakap yang lelaki lebih banyak curang' yg ditulis pada 3 Januari 2011.

Entry ini bukan ditulis untuk menyakitkan dan menginggung hati sesiapa
malah bukan juga ingin memihak kepada pihak yg lain juga...

Kebetulan saya ada terbaca Kosmo keluaran 3 Januari 2011 (Isnin).
ruangan METRO GLOBAL ada 1 berita menarik

Tajuk: Perempuan kini lebih suka menipu

menurut berita tersebut, berdasarkan 1 kajian yg dilakukan di London, ia mendedahkan bahawaperempuan lebih suka menipu berbanding lelaki.

Menurut berita tersebut, "Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya."

Perempuan juga dikatakan bukan kekasih yang setia. 
"Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia." 

 Hmmm...boleh percaya ke dgn kajian2 mcm ni? orang barat ni suka2 je kn wat kajian macam ni... Apa pendapat rakan-rakan blogger??

24 February 2011

Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029

JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.


Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’
Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?
Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.


Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.


Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.


Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.
“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.


“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.


Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.


Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.


“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.


Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.


Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.


Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .


Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.


Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.


Laser tangkis ancaman


PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.


Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.


“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.


Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.


Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.


“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.


“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.


Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.


Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.


Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.

09 January 2011

Nombor 5

Salam sejahtera rakan2 semua...

Kalau kawan2,abg2 dan kakak2 semua nak tahu,beberapa hari ni sy ada mencuba nk bwt bisnes sikit. Just guna blog yg simple ni sebagai medium.. Jadi produknya ialah Kaspersky... Mcm biasa, bnda2 mcm ni susah sikit nk percaya.. kn kena tipu naya ... kalau semua nak tahu, sy dah cuba dulu produk ni sebelum ambil keputusan nk jual.... sejak tahun lepas sy gunakan key yg murah tu... xda masalah pon.. semua ok... skrg masih tinggal 289 hari... dah brapa kali format laptop, install kaspersky guna key yg sama juga.... ok, xda mslh.. hehe... jimat....

Gambar besar available. Klik je...


ok lah...berkaitan dgn no 5... ada sorang kawan sy tu dia minat no 5... pelik.. apa yg special dgn no 5?? ada sape2 tahu x?
Take 5
Sy bwt web search.. guna keyword 5 kt google dan yahoo.... google (About 11,860,000,000 results) dan yahoo (5,260,000,000 results). mesti la byk resultnya kn..

No 5 dlm binary : 101

Definition drp wiki: 5 (five) is a number, numeral, and glyph. It is the natural number following 4 and preceding 6. hahaha... xda pape special pon...

Ni jwpn drp answer.com :
The noun has one meaning:
Meaning #1: the cardinal number that is the sum of four and one
Synonyms: five, V, cinque, quint, quintet, fivesome, quintuplet, pentad, fin, Phoebe, Little Phoebe


The adjective 5 has one meaning:
Meaning #1: being one more than four
Synonyms: five, v

Terkelu... malas nk cari lg dah... xjumpa pon apa2 yg special... kepada peminat2 no 5 diluar sana, tlg la bagi sy jawapan... 

kenapa anda minat dgn no 5???? 

p/s: lawa x no ni? 565, 55 & 155...

04 January 2011

Perempuan lebih ramai curang: Statistik

Selamat Petang rakan2 blogger semua...

Entry ini saya tulis sebagai Reply Entry kepada entry yg ditulis oleh Cik Coklat.
Entry beliau yg bertajuk: 'Aku selalu dengar orang cakap yang lelaki lebih banyak curang' yg ditulis pada 3 Januari 2011.

Entry ini bukan ditulis untuk menyakitkan dan menginggung hati sesiapa
malah bukan juga ingin memihak kepada pihak yg lain juga...

Kebetulan saya ada terbaca Kosmo keluaran 3 Januari 2011 (Isnin).
ruangan METRO GLOBAL ada 1 berita menarik

Tajuk: Perempuan kini lebih suka menipu

menurut berita tersebut, berdasarkan 1 kajian yg dilakukan di London, ia mendedahkan bahawa perempuan lebih suka menipu berbanding lelaki.

Menurut berita tersebut, "Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya."

Perempuan juga dikatakan bukan kekasih yang setia. 
"Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia." 

 Hmmm...boleh percaya ke dgn kajian2 mcm ni? orang barat ni suka2 je kn wat kajian macam ni... Apa pendapat rakan-rakan blogger??