31 January 2011

Minyak RON97 Naik Lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. 

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. 

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.


http://www.malaysiakini.com/news/155023

30 January 2011

Video Piala Sumbangsih 2011

Norshahrul Idlan Talaha (pen m-8)

Muhd Badhri Radzi (m-84)

p/s:rugi xdpt tgk smlm sbb dlm perjalanan balik kg.

Sumber : http://liga-m.sokernet.com
Sumber : http://kelate.net/

sumber:Sumber : http://liga-m.sokernet.com

Kelantan juara Piala Sumbangsih



KELANTAN menoktahkan penantian 26 tahun sebelum diangkat sebagai juara baru Piala Sumbangsih selepas membenam juara bertahan Selangor, 2-0 di Stadium Shah Alam, semalam.Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.



Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan penalti menghancurkan kekebalan penjaga gawang Selangor, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi.

Sembilan minit bermulanya babak kedua sekali lagi gawang Red Giants diuji dan kali ini menerusi sepakan kencang Mohd Badhri Mohd Radzi.

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan pula diraih oleh penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketangkasan Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan ternyata sukar dijinakkan oleh barisan serangan Selangor, yang bagaikan tidak bermaya di segenap penjuru malah kelibat Safee serta Safiq Rahim tenggelam sepanjang permainan.

Kesebelasan utama pemain :

SELANGOR : Mohd Iqbal Mohd Suhimi, P Gunalan, Yosri Derma Raju, Mohd Razman Roslan, Mohd Asrarudin Putra Omar, Mohd Hardi Jaafar (Mohd Fazilidin Khalid), Mohd Amri Yahyah (KP)(S Sritharan), Shafiq Rahim (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Fadzli Shaari dan Mohd Safee Mohd Sali.
FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Khairul Izuan Rosli)(Khairan Eroza Razali) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-5-1


STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Selangor (4) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Selangor (6) Kelantan (4)
Sepakan sudut : (5) Kelantan (3)
Sepakan percuma : Selangor (25)  Kelantan (16)
Offsaid : Selangor (5) Kelantan (1)
Kekasaran : Selangor (10) Kelantan (24)
Kad kuning : Selangor (Mohd Razman Roslan) Kelantan (Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Empat minit
Penguasaan bola : Selangor (48%) Kelantan (52%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abd Rahman
Penolong Pengadil 2: M Sivanesan
Pegawai Keempat : S Sittharanjanan
Komisionel Perlawanan : Mustaq Khan Alias Khan
General Kordinator : Suhairi Rahmad


sumber: Kelate.net, Sinar & Utusan

28 January 2011

CNY + Sem Break

hohoho... selamat datang cuti.. agaknya ini lah masanya untuk blogging semula... masa belajar mana la nak sempat buka blog, BW lg la xsempat... tmbah2 pulak internet slow... dah guna wifi kolej, mmg la slow kn...

Happy Chinese New Year!!!

15 January 2011

Selamat Malam

Cara sebaiknya jika nak Tidur

1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.

Moga Kita Dapat Mengamalkan Perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup ini.

By Mohamad Syafiq Ab Hamid (ntah dia copy dari mana)

13 January 2011

Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di Kelantan

Politik atau isu semasa??? hehe... Mesti la isu semasa kn... sbb sy orang Kelantan... Saya suka membaca yang ni.. mungkin ramai yg tak tahu.. sekadar berkongsi..
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan UMNO/Barisan Nasioanl ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan 2 hala menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 sewaktu Pilihanraya Kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku Pilihanraya Kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta yang dijanjikan di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.

Tegasnya lagi, tiga soalan itu sudah cukup untuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum bertanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan yang lain dijanjikan pemimpin UMNO/Barisan Nasional.

"Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh UMNO/Barisan Nasional di dalam menarik sokongan rakyat.

"Apa lagi yang ada pada UMNO/Barisan Nasional jika tidak hanya berjanji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat," ujar Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Minggu lalu dalam satu kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa projek tebatan banjir di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana membabitkan kos RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2011 yang lalu mengumumkan pembinaan Menara Warisan bernilai RM5 bilion yang mendapat pertikaian pelbagai pihak.
By Topeng Perak Unmasked

12 January 2011

1/1/11

ish...adakah 1/1/11 itu no keramat??hahaha...mengarut je...

nmpaknya dah 2 hari xupdate blog..adakah kesibukan mula melanda pada minggu kedua pengajian?? owh,tidak!!! kenapa begitu awalnya ia datang... hari isnin saja dah dapat soalan test untuk jawab dalam kelas (padahal baru saja belajar introduction).Semoga hari dan minggu yang berikutnya dapat dihadapi dengan tabah...

apa yg menarik kelas ari ni(11 januari). ada sorang lecturer tu tiba2 tunjuk kt slide '1+1=3'...apa ke pelik sgt kn 1 tmbh 1 leh jadi 3...hahaha...rupa2nya dia cakap seorang pengerusi dalam meeting berbincang dengan 1 group ahli meeting boleh mengeluarkan 3 atau lebih keputusan...hehe..biasa la kan...bila otak2 digabungkan,itu la munculnya teknologi yg hebat2,menara yg tinggi2 dan gah...dimana mulanya??dari otak manusia....

Semoga hari esoknya dapat diteruskan dengan tabah.....

09 January 2011

Olympus Stylus 760 : Berjaya!!!


Selamat pagi....

Ada x sape2 yg gunakan digital kamera jenis ni? Jenama Olympus, Model Stylus 760...

 
Kamera ni agak ok dan not bad untuk amik gmbr, tp xleh lwn DLSR lah mesti... kualiti tu ada pada setiap shot..hmm... mls nk cite psl spec... kalu nk tahu psl spec, leh check kt laman web olympus ek..hahaha...

Olympus Stylus 760 : Berjaya??? apa yg berjaya?? beberapa bulan yg lepas kamera ni telah rosak.. xtau sape yg rosakkan... dgr ceritanya rosak masa perjalanan ke KL... masa kt Kelantan masih baik2 saja... bila smpai KL dah xboleh guna... pelik....

Apa yg rosaknya?? kamera ni sy ambik dlm keadaan lens terbuka... lens kot namanya... kalau salah,xtau la...haha.... then simpton yg lain.... bila tekan je button power, skrin akan menyala (skrin xrosak) dan ada bunyi gear kt dlm (mcm gear kereta lama2..kn ada bunyi bila susah nk masuk gear)... lens xgerak pon, tetap je terbuka mcm tu... tekan button power lg skali, lens xgerak jugak....

Pemilik kamera (abg sy), nmpkya mmg dah pasrah dgn kamera dia nih.... dia simpan je (xnk baiki).. hahaha.... 

Sy ambik kamera tu, tgk2 sikit dan Alhamdulillah berjaya baiki.. Skrg kamera tu ada dgn sy kt melaka (bwt harta sndiri..hahaha)..... cmana sy baiki?? erk... cmana nk ckp... xpandai nk cite...

Itu je la sy nak cite... Ada siapa2 yg mempunyai masalah yg sama??


Nombor 5

Salam sejahtera rakan2 semua...

Kalau kawan2,abg2 dan kakak2 semua nak tahu,beberapa hari ni sy ada mencuba nk bwt bisnes sikit. Just guna blog yg simple ni sebagai medium.. Jadi produknya ialah Kaspersky... Mcm biasa, bnda2 mcm ni susah sikit nk percaya.. kn kena tipu naya ... kalau semua nak tahu, sy dah cuba dulu produk ni sebelum ambil keputusan nk jual.... sejak tahun lepas sy gunakan key yg murah tu... xda masalah pon.. semua ok... skrg masih tinggal 289 hari... dah brapa kali format laptop, install kaspersky guna key yg sama juga.... ok, xda mslh.. hehe... jimat....

Gambar besar available. Klik je...


ok lah...berkaitan dgn no 5... ada sorang kawan sy tu dia minat no 5... pelik.. apa yg special dgn no 5?? ada sape2 tahu x?
Take 5
Sy bwt web search.. guna keyword 5 kt google dan yahoo.... google (About 11,860,000,000 results) dan yahoo (5,260,000,000 results). mesti la byk resultnya kn..

No 5 dlm binary : 101

Definition drp wiki: 5 (five) is a number, numeral, and glyph. It is the natural number following 4 and preceding 6. hahaha... xda pape special pon...

Ni jwpn drp answer.com :
The noun has one meaning:
Meaning #1: the cardinal number that is the sum of four and one
Synonyms: five, V, cinque, quint, quintet, fivesome, quintuplet, pentad, fin, Phoebe, Little Phoebe


The adjective 5 has one meaning:
Meaning #1: being one more than four
Synonyms: five, v

Terkelu... malas nk cari lg dah... xjumpa pon apa2 yg special... kepada peminat2 no 5 diluar sana, tlg la bagi sy jawapan... 

kenapa anda minat dgn no 5???? 

p/s: lawa x no ni? 565, 55 & 155...

07 January 2011

First Week: Baik dan Buruk

Alhamdulillah.. akhirnya first week untuk semester ini dah habis..baru saja seminggu tapi byk benda sudah berlaku.. ada yang baik, buruk,manis dan masam.. kat kelas boleh tgk macam2 ragam kawan2... xkurang juga macam2 angka nilai untuk diorang masing2... ada yang dapat anugerah (sgt bagus) dan ada juga yang terlebih rendah (nasib baik xkena kick)...

Lecturer untuk sem ini nampaknya semua baik2 saja... cuma sorang je yang mempunyai gosip yang xbaik daripada senior... katanya kelas beliau xbest... itu kata senior... jadi semasa kelas dia (skali smggu je kelas dia) semua duk perhati apa dia bwt.. hahaha... bagusnya student mcm ni... mula2 gayanya nmpak menarik minat keseluruhan kelas... dengan kata2 dia(speaking) dan gaya dia... sehinggalah waktu dah kesuntukan nak habis...semua meleset... byknya dia punya rule... next2 kelas nnti xtau la dpt bertahan ke x.... hahaahha... semoga berjaya semua yer....

untuk subjek yg diambil... saya masih belum habis mndaftar... smggu ni dah berapa byk kali naik turun tangga nak jumpa lecturer... semata-mata nak susun jadual... nak dapatkan jadual yg selesa... last2 xdpt... hahaha... masa nak mintak tu, byk je alasan supaya dapat excuse xpyh masuk kelas (byk cantek xnk masuk kelas)... mmg patut la xdpt.... kelas byk bertindih.... tukar kelas lain dan lecturer lain....

duit poket... masa bertolak aritu, ada la jugak 'fama' kasi duit poket... dgn bergayanya ambik dgn harapan dpt bertahan hingga scholar masuk... hahaha.... meleset terus... mmg la xcukup sbb nak kena beli buku baru, test pad baru dan mcm2 lagi lah.... minyak moto lagi yg makin mahal... makan minum xpyh ckp la.... belum kira untuk bersiar-siar mencari ketenangan lagi tuh.... last2 korek jugak duit asb..hah..nasib la kau asb... xlama lagi kering la kau... hahaha... tiap2 tahun ada je azam nak jimat2 sikit.... tapi xpernah nak menjadi... bertahan la yer hingga habis blajar... jangan nak harapkn duit 'fama' je.... huuhu

pening2.. xtau apa yg mencarut kt atas....

kesimpulannya.... byk je benda yg buruk... hahaha.... muhasabah diri....

06 January 2011

Kaspersky Internet Security

Selamat Petang kawan2 blogger....

Ramai je yg jual key kaspersky kn...

RM40 utk Kaspersky Internet Security (KIS) 3 user..utk 365 hari...
murah....
ramai ke yg nak beli??
rakan2 nak beli x??
hahahaha....

p/s: sape nk order dgn sy pon boleh.. email: nikamir89@gmail.com

05 January 2011

Semoga kawan saya cepat sembuh

Selamat petang kawan2 blogger...

Petang td baru je gi tengok Tron Legacy. Gempak ah. Best3. Best sangat sampai xtau nak cakap apa. Ish3...

Kisah kawan saya ni pulak... tadi terkejut la jugak bila online. Byk ucapan 'semoga cepat sembut' telah dihantar kepada kawan sy sorang ni. Setelah diselidik, rupa-rupanya beliau telah masuk surat khabar kerana telah mendapat kecelakaan semasa berkelah di Gunung Ledang. Saya belum baca HMetro hari ini. Jadi tidak mendapat berita mengenai berita ini.

Semoga Muhammad Hafizuddin cepat sembuh.



Teringin nak tgk TRON: Legacy

Selamat pagi kawan2 blogger...
(mengarang pagi,post tnghari..intrnet problem)

arini xda kelas..huhu..sukanya...minggu ni je xda kelas sbb mereka ubah jadual...minggu depan dah xda relax2 mcm ni..ehehe..

TRON: Legacy

Klik picure untuk saiz yang lebih besar

Ini bukan iklan ek...jgn salah fhm lak...mentang2 ada nmpak byk gmbr,iklan la tu...hahaha..xnk promote pape pon..just nak tnya kawan2 yg dah tgk cite ni...best ke cite ni?puas ati x kalu gi tgk kt wayang??hehehe...

kami mmg teringin nk tgk cite ni ..best kot?sape2 yg dah tgk??huhu...rating agak tinggi kt internet....bila tgk trailer dia,grafic agak lawa...diorang pakai teknologi apa ntah nk bwt movie tu(xtau sbb kami xbelajar psl multimedia)dah kalu best,ptg ni jugak kami gi tgk kt GSC DP..hahaha....(dah duit kurang pon nk tgk wyg jgk ke??maklum la duit belum masuk lg)


Rating: 7.4/10
Synopsis: The son of a virtual world designer goes looking for his father and ends up inside the digital world that his father designed. He meets his father's creation turned bad and a unique ally who was born inside the digital domain of The Grid.

Director: Joseph Kosinski
Stars: Jeff Bridges, Garrett Hedlund and Olivia Wilde
Garrett Hedlund
as
Sam Flynn
Jeff Bridges
as
Kevin Flynn / Clu
Olivia Wilde
as
Quorra

04 January 2011

Perempuan lebih ramai curang: Statistik

Selamat Petang rakan2 blogger semua...

Entry ini saya tulis sebagai Reply Entry kepada entry yg ditulis oleh Cik Coklat.
Entry beliau yg bertajuk: 'Aku selalu dengar orang cakap yang lelaki lebih banyak curang' yg ditulis pada 3 Januari 2011.

Entry ini bukan ditulis untuk menyakitkan dan menginggung hati sesiapa
malah bukan juga ingin memihak kepada pihak yg lain juga...

Kebetulan saya ada terbaca Kosmo keluaran 3 Januari 2011 (Isnin).
ruangan METRO GLOBAL ada 1 berita menarik

Tajuk: Perempuan kini lebih suka menipu

menurut berita tersebut, berdasarkan 1 kajian yg dilakukan di London, ia mendedahkan bahawa perempuan lebih suka menipu berbanding lelaki.

Menurut berita tersebut, "Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya."

Perempuan juga dikatakan bukan kekasih yang setia. 
"Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia." 

 Hmmm...boleh percaya ke dgn kajian2 mcm ni? orang barat ni suka2 je kn wat kajian macam ni... Apa pendapat rakan-rakan blogger??

Bloglist istimewa untuk blogger baru

Thanx to Miss Chocolate untuk tagged ni....
lain kali jgn kasi tag je,kena kasi keropok skali yer...
hehehehe....

Assalamualaikum w.b.t

Faris telah tag aku untuk ini . Dan ya, aku sangat berbesar hati untuk join bloglist ni. Sebab dah nampak terang-terang follower aku tak sampai 300 pun. Tapi apa-apa pun, tujuan sebenar nak join bloglist ni bukan sebab nak kumpul follower semata-mata. 

Aku berharap akan ada lebih ramai blogger yang sudi baca entri-entri yang aku buat. Hehe. Maka secara automatik aku akan lebih bersemangat untuk terus blogging. Kepada yang nak join jugak, bolehlah tekan kat gambar ni yer. 

03 January 2011

Thanks for being my friend : Rakan Blog

Dah lama tidak update blog...
buka pon xsmpt....
maklum lah,awl2 sem ni byk bnda nk kena bwt...
perjalanan ke tempat belajar dah amik masa setengah hari...
smpai je nk kena kemas2 bilik lg...huhu

Sekian terima kasih kpd Cik Coklat kerana tagged kami...



01 January 2011

1.1.11 Celcom Special

Click gambar untuk saiz besar


Reload RM30 - Free RM15 Credit
Reload RM50 - Free RM25 Credit
Reload RM100 - Free RM50 Credit


*Topup sebelum 11.59pm 1.1.11
*untuk Xpax, UOX dan SOX

sumber:

Congratulation to Mr Nuffnang

Congratulation to Mr Nuffnang...
Facts from Nuffnang

4 Nuffnang offices worldwide
14 Nuffnang contests in Malaysia with prizes of a total value exceeding RM105,000!!
27Movie screenings for Nuffnangers in Malaysia
28 Nuffnang events in Malaysia
70 Nuffies worldwide
7,469Twitter followers for @NuffnangMY
20,563 Facebook ‘Likes’ on the Nuffnang page
141,188 Blogs in Nuffnang Malaysia
1,483,401,601Nuffnang Malaysia blog views
2,523,818,153Ad impressions served on Nuffnang Malaysia


HAPPY NEW YEAR!!!
 
*All statistics are as of December 2010.
http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/12/31/2010-in-numbers/

one[dot]one[dot]oneone - 1.1.11

Happy New Year guys!!!

it is a new year..
whether it would be better than last year??
or otherwise....

we decide...