Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

31 January 2011

Minyak RON97 Naik Lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. 

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. 

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.


http://www.malaysiakini.com/news/155023

30 January 2011

Video Piala Sumbangsih 2011

Norshahrul Idlan Talaha (pen m-8)

Muhd Badhri Radzi (m-84)

p/s:rugi xdpt tgk smlm sbb dlm perjalanan balik kg.

Sumber : http://liga-m.sokernet.com
Sumber : http://kelate.net/

sumber:Sumber : http://liga-m.sokernet.com

Kelantan juara Piala Sumbangsih



KELANTAN menoktahkan penantian 26 tahun sebelum diangkat sebagai juara baru Piala Sumbangsih selepas membenam juara bertahan Selangor, 2-0 di Stadium Shah Alam, semalam.Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.



Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan penalti menghancurkan kekebalan penjaga gawang Selangor, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi.

Sembilan minit bermulanya babak kedua sekali lagi gawang Red Giants diuji dan kali ini menerusi sepakan kencang Mohd Badhri Mohd Radzi.

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan pula diraih oleh penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketangkasan Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan ternyata sukar dijinakkan oleh barisan serangan Selangor, yang bagaikan tidak bermaya di segenap penjuru malah kelibat Safee serta Safiq Rahim tenggelam sepanjang permainan.

Kesebelasan utama pemain :

SELANGOR : Mohd Iqbal Mohd Suhimi, P Gunalan, Yosri Derma Raju, Mohd Razman Roslan, Mohd Asrarudin Putra Omar, Mohd Hardi Jaafar (Mohd Fazilidin Khalid), Mohd Amri Yahyah (KP)(S Sritharan), Shafiq Rahim (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Fadzli Shaari dan Mohd Safee Mohd Sali.
FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Khairul Izuan Rosli)(Khairan Eroza Razali) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-5-1


STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Selangor (4) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Selangor (6) Kelantan (4)
Sepakan sudut : (5) Kelantan (3)
Sepakan percuma : Selangor (25)  Kelantan (16)
Offsaid : Selangor (5) Kelantan (1)
Kekasaran : Selangor (10) Kelantan (24)
Kad kuning : Selangor (Mohd Razman Roslan) Kelantan (Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Empat minit
Penguasaan bola : Selangor (48%) Kelantan (52%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abd Rahman
Penolong Pengadil 2: M Sivanesan
Pegawai Keempat : S Sittharanjanan
Komisionel Perlawanan : Mustaq Khan Alias Khan
General Kordinator : Suhairi Rahmad


sumber: Kelate.net, Sinar & Utusan

13 January 2011

Nik Aziz Tuntut Janji PRK BN Di Kelantan

Politik atau isu semasa??? hehe... Mesti la isu semasa kn... sbb sy orang Kelantan... Saya suka membaca yang ni.. mungkin ramai yg tak tahu.. sekadar berkongsi..
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan UMNO/Barisan Nasioanl ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan 2 hala menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 sewaktu Pilihanraya Kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku Pilihanraya Kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta yang dijanjikan di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.

Tegasnya lagi, tiga soalan itu sudah cukup untuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum bertanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan yang lain dijanjikan pemimpin UMNO/Barisan Nasional.

"Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh UMNO/Barisan Nasional di dalam menarik sokongan rakyat.

"Apa lagi yang ada pada UMNO/Barisan Nasional jika tidak hanya berjanji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat," ujar Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Minggu lalu dalam satu kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa projek tebatan banjir di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana membabitkan kos RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2011 yang lalu mengumumkan pembinaan Menara Warisan bernilai RM5 bilion yang mendapat pertikaian pelbagai pihak.
By Topeng Perak Unmasked

05 January 2011

Semoga kawan saya cepat sembuh

Selamat petang kawan2 blogger...

Petang td baru je gi tengok Tron Legacy. Gempak ah. Best3. Best sangat sampai xtau nak cakap apa. Ish3...

Kisah kawan saya ni pulak... tadi terkejut la jugak bila online. Byk ucapan 'semoga cepat sembut' telah dihantar kepada kawan sy sorang ni. Setelah diselidik, rupa-rupanya beliau telah masuk surat khabar kerana telah mendapat kecelakaan semasa berkelah di Gunung Ledang. Saya belum baca HMetro hari ini. Jadi tidak mendapat berita mengenai berita ini.

Semoga Muhammad Hafizuddin cepat sembuh.



31 December 2010

PTptu dah masuk - gembiranya mereka

tanggal 31 disember 2010
semua pelajar UTeM yg menerima duit pnjaman PTPTN kelihatan sgt gembira...
ini berikutan duit loan tersebut sudah masuk (awl btol diorg dpt)....
ada yg tersenyum lebar....
ada yg melompat kegembiraan....
ada yg menangis excited...
macam2 ada....
sukanya mereka...
gembiranya mereka....
yg sedih??
ada ke diorang2 yg sedih...(kot2 sedih hutang bertambah)
biarkan mereka....

TAPI....
kami belum dpt duit utk sem depan....
sedeynya....
biasanya duit jpa dpt lg awl drp ptptn....

SEM INI....
nampak gaya awl sem kena kais pagi makan pagi....
kais petang makan petang...
naik moto hanya 40 kmj (nak jimat minyak)...
makan kt kedai order nasi bujang + air kosong...
inilah realiti bila duit kurang...
hahaha....

KESIMPULAN....
berboroslah bila duit ada....
berjimatlah bila duit kurang...
hahahaha....

23 December 2010

Sokong Datuk Saifuddin



KAMI dgn ini sgt menyokong pandangan Timb. Pengajian Tinggi berkaitan gesaan beliau supaya IPT buang karenah birokrasi dan terima inovasi birokrasi.

Beberapa petikan daripada blog beliau:

Beliau memberi contoh karenah birokrasi yang sering mengekang inovasi pelajar IPT yang perlu dihapuskan segera antara lain para pelajar dikehendaki menyediakan kertas kerja tebal untuk menganjurkan aktiviti mudah seperti ceramah dan forum.

Malah kata beliau, para pelajar terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan aktiviti semata-mata kerana pegawai yang mempunyai kuasa meluluskannya bercuti, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

“Sepatutnya kelulusan disegerakan kerana hayat keaktifan pelajar adalah mengikut sesuatu semester sahaja, justeru mereka tidak mempunyai tempoh masa yang panjang untuk sesuatu aktiviti,” ujar Datuk Saifuddin.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh ini, kedapatan aktiviti pelajar yang dikekang oleh kekurangan atau ketiadaan peruntukan, tetapi apabila terdapat permohonan aktiviti lain, ada pula peruntukannya dan melampau peruntukannya.

“Sepatutnya seboleh-bolehnya dijimatkan peruntukan supaya pelajar dapat menganjurkan sebanyak mungkin aktiviti,” katanya.

“Apabila pelajar mencari dana sendiri, mereka disukarkan pula untuk mendapatkannya untuk menyelesaikan urusan pembayaran aktiviti. Sepatutnya semakin pelajar bijak mencari dana sendiri, semakin dipermudahkan urusan mereka,” tambah beliau lagi.

sumber:
www.saifuddinabdullah.com.my

07 December 2010

Malang Tidak Berbau

pada suatu hari...aku dalam perjalanan nak balik dari kampus...
aku berhenti pada satu trafic light merah...
tiba2 ada sebuah kete gen 2 memecut laju (kt sebelah aku je tu)...
agak2 dia naik lebih 100 kmj jgk tu.....

aku teruskan prjalanan aku xlama lps gen 2 td....
300 meter kt depan,aku nmpk ada kete excident...
tgk2,kete yg tadi naik laju masa kt trafic light....

aku stop nk tlg selamatkn diorg keluar dari kereta....
sape tahu kn apa nk jd masa kita drive tu...

aku agak nsb baik diorg pakai seat belt masa tu...
kalu x mmg parah la....


P/S: ayat mcm keling je...adehai...
Hati-hati di jalan raya...
kalu naik moto,pakai helmet dan ikat.
kalu naik kete,jgn lupa pakai seat belt xkira kt depan atau belakang.

kete ni aku agak terseret xkurang 10 meter slps terbabas

remuk habis

Gen 2

Driver (baju kelabu) pak arab dgn kwn dia cedera ringan je