Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

05 March 2012

Tips Pemakanan (Kalori)

Kalori makanan.
Tahukah anda setiap makanan membekalkan kalori?
Kalori = tenaga untuk badan.

Pengambilan kalori yang banyak dan penggunaan kalori yang sedikit akan menyebabkan kegemukan apabila kalori yang tidak digunakan ditukar kepada lemak.

Makan banyak, guna tenaga sedikit = xbagus

Makan banyak, guna tenaga banyak = bagus

so, kalau guna tenaga sedikit, makan je sedikit.



related post: 
Body Mass Index (BMI)
  
p/s: amalkan makanan seimbang dan jangan lupa exercise ^^

24 September 2011

10 Tips Kempiskan Perut Melalui Senaman



Inginkan otot abs (otot perut) yang kental, kempis dan menarik? Sebenarnya tidak lah sukar sangat. Anda tidak perlukan suplemen hebat, tak perlu peralatan yang canggih. Ikutilah tip-tip berikut:

Ehsan en Google

  • Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sesi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
  • Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  • Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
  • Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
  • Untuk sesi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
  • Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
  • Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
  • Jaga kalori anda. Anda perlu cipta kalori deficit untuk membakar lemak berlebihan.
  • Latihan kardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
  • Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
p/s: jom petang2 pegi exercise. main futsal, badminton, squash dan tennis pon boleh.. ^_^

05 February 2011

Adab Minum Rasulullah s.a.w

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:  
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.


Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). 
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk" 
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :


1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.