sumber: tv3-Vanila Coklat
Malam ni secara xsengaja tertengok cite Vanila Coklat kt tv3
selepas tengok berita.
cite ni main kt tv hari selasa pukul 9 malam.
malam ni episod 7 dah.
tengok macam best je, jd drama-thon episod 1 sampai episod 6.
ok, post kali ni siap ada link utk tgk kt youtube.
best..rugi xtengok ni..
Episode 1
Zara Aisyah bengang dan meluat apabila melihat semua rakan sekelasnya iaitu pelajar perempuan terkinja-kinja dan mengalih pandangan apabila sebaik sahaja Aamir Asyraf melalui kelas mereka. Aamir Asyraf,20 tahun dan Zara Aisyah,19 tahun merupakan pasangan seteru. Mereka saling membenci antara satu sama lain dan ada saja yang tidak kena dan mereka bagaikan anjing dan kucing. Aamir pula suka mengusik Zara,apabila terpandangkan muka Zara terus dia mengerdip matanya konon mesra. Memang prince charming habis dengan kehensemannya dan dia bagaikan seorang lelaki yang sempurna. Walaupun belajar berlainan kelas dan berlainan semester di sebuah kolej terkemuka di ibukota ada sahaja yang tidak kena antara mereka.
Youtube
Episod 1
Episode 2
Zara terkejut dengan paksaan ayahnya itu. Ayahnya yang selama ini hanya tegas dalam bidang pelajaran dan memberikan dia kebebasan dalam apa yang ingin dibuatnya berubah. Begitu juga ibunya yang menyokong tindakan ayahnya itu. Zara terdiam kerana dia sendiri mempunyai kekasih hati yang amat dicintai. Zara juga terkejut apabila ayahnya memaksa untuk dia berkahwin dengan anak Datuk Ahmad,iaitu rakan baik ayahnya sejak daripada sekolah. Zara tergamam. Zara tahu dengan siapa yang dia akan berkahwin Cuma kita tidak tunjukkan lagi bahawa anak Datuk Ahmad ialah Aamir. Ketika Ungku Musa memuji Aamir kita tunjukkan beberapa scene sikap sebenar Aamir. Contoh matang, sebenarnya Aamir seperti budak-budak dan sebagainya.
Youtube
Episod 2
Episode 3
Di kampus Zara cuba mengelak daripada bertemu Kamal kerana dia tidak mahu Kamal kecewa. Manakala Aamir cuba mengusik Zara di kampus dengan ayat-ayat yang kononnya mereka akan tidur sekatil,makan sepinggan dan pelbagai lagi yang menakutkan dan takut didengari oleh orang lain setiap kali bertembung sebenarnya Aamir ingin menakutkan Zara dan apabila dia berbuat demikian mungkin Zara akan lari daripada rumah jadi dia akan selamat. Zara menjerit menengking Aamir. Aamir terperanjat beruk melihat ke arah Zara yang kelihatan sangat marah. Zara kelihatan puas apabila melepaskan geramnya pada Aamir. Zara memberi amaran pada Aamir dan terus beredar dari situ. Aamir memandang Zara dari jauh dengan perasaan yang penuh dendam. Aamir yang begitu sakit hati dengan tindakan Zara.Aamir sampai termimpi bagaimana dia akan hidup dengan perempuan garang begini.
Youtube
Episod 3
Episode 4
Kamal terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Zara dan dia tidak mahu Zara berkahwin dengan orang lain sedangkan mereka telah menjalinkan hubungan begitu lamanya. Zara Cuma memujuk Kamal dengan menyatakan ia hanyalah sebuah kontrak dan mereka akan bercerai setelah sampai tempoh. Kamal mahu Zara membuat sesuatu agar Aamir yang kononya playboy itu tidak dapat’apa-apa’. Pulang sahaja ke rumah Zara menelefon Aamir untuk berjumpa dengannya dan memberitahu apa yang dia inginkan dalam perkahwinan mereka nanti. Aamir dengan angkuhnya bersetuju.
Youtube (UPDATED)
(ytube uploaded by hafizisk)
Episode 5
Aamir dan Zara pun pergilah ke Cameron Highland untuk berbulan madu kononnya. Tapi bulan ke mana, madupun entah ke mana. Tiap-tiap hari mereka akan mencari pasal untuk bergaduh. Mereka akan bertengkar sehinggakan perkara kelakar juga tercetus. Ada sahaja yang tidak kena. Masing-masing akan mengkritik satu sama lain. Cara tidur,cara berjalan, berpakaian hinggakan makanan kegemaran masing-masing pun menjadi masalah kepada mereka. Seorang suka vanila seorang suka coklat manakala seorang benci coklat dan sebaliknya. Zara dengan sikap cerewet dan pembersihnya manakala Aamir asal ’dan’ dan sangat pengotor. Jenis bersepah dan ini mendatangkan kemarahan Zara. Nampak sahaja segak rupanya pengotor kata Zara. Aamir pula menyampah bila Zara suka memanggil Aamir dengan nama penuh apabila dia mula marah atau nak berleter. Mereka akhirnya sedar yang perkahwinan ini adalah satu kesilapan besar untuk mereka.
Youtube (UPDATED)
(ytube uploaded by hafizisk)
Episode 6
Zara baru sedar dia terlepas cakap dan dia takut Aamir mengamuk. Aamir sakit hati dengan sikap bapa dia yang berpura-pura dan kini nasibnya malang dengan perempuan yang baginya mental itu. Aamir melihat perjanjian mereka dan berharap agar ia berakhir dengan cepat.Namun mereka kini berpindah di rumah mereka dengan harapan perjanjian mereka tidak akan dihidu. Di kolej, perhubungan Kamal dan Zara serta Aamir dan Liana seperti biasa. Mereka masih berjumpa dan bermesra seperti biasa. Di kampus juga mereka seolah-olah bukan pasangan suami Kali ini Aamir dan Zara benar-benar ingin bercerai apabila mereka bergaduh besar apabila Aamir meninggalkan dia keseorangan ketika hujan apabila mereka bergaduh di dalam kereta. Aamir tanpa perasaan meninggalkan Zara di tepi jalan dan Zara menangis berjalan kaki menuju ke rumah mereka.
Youtube (UPDATED)
Episod 7
Liana pelik bagaimana Zara dan Aamir yang dahulunya bagaikan anjing dan kucing kini rapat. Liana cuba untuk menyiasat namun gagal. Dia masih cuba bermanja-manja dengan Aamir dan Aamir tidak melayan kerana Aamir telah jatuh hati pada Zara,isterinya. Namun apabila bergaduh dengan mulut laser Zara yang ada sahaja tidak kena Aamir pasti mencari Liana untuk melepaskan tekanannya. Zara pula memang menyampah dengan sikap Aamir yang baginya kaki perempuan. Zara pula apabila melihat Aamir dan Liana dia menjadi serba tidak kena daripada mood baik terus bertukar tegang walhal Aamir sebenarnya telah jatuh cinta kepadanya Cuma Zara seorang yang sangat ego. Walaupun mereka kini rapat namun kadang-kadang bila mood Zara kurang baik dia tetap akan mengingatkan Aamir mengenai undang-undang mereka dan ianya harus dipatuhi. Aamir yang kadang-kadang baru sahaja cuba jadi romantik terus hilang mood dengan sikap moody Zara.
Episod 8
Zara cemas Aamir rebah dan sakit rupanya Aamir ada gastric yang teruk. Dia tidak makan satu hari dan Zara bertanya adakah Aamir menunggu dia untuk makan namun Aamir yang ego mengatakan bahawa dia banyak kelas dan kerja sampai terlupa untuk makan. Ketika menjaga Aamir sakit Zara bagaikan terjatuh hati pada Aamir mungkin kerana ketika itu Aamir banyak berdiam dan bagaikan budak kecil yang mengikut kata-kata tidak ketika dia sihat. Tetapi Zara tetap rindu untuk bergaduh dengan Aamir.
Youtube
Episod 8
(ytube uploaded by hafizisk)
1 comment:
amboi, vanila coklat msk blog. hehe
Post a Comment