Pages

30 January 2011

Kelantan juara Piala Sumbangsih



KELANTAN menoktahkan penantian 26 tahun sebelum diangkat sebagai juara baru Piala Sumbangsih selepas membenam juara bertahan Selangor, 2-0 di Stadium Shah Alam, semalam.Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.



Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan penalti menghancurkan kekebalan penjaga gawang Selangor, Mohd Iqbal Mohd Suhaimi.

Sembilan minit bermulanya babak kedua sekali lagi gawang Red Giants diuji dan kali ini menerusi sepakan kencang Mohd Badhri Mohd Radzi.

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan pula diraih oleh penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketangkasan Khairul Fahmi yang juga penjaga gol kebangsaan ternyata sukar dijinakkan oleh barisan serangan Selangor, yang bagaikan tidak bermaya di segenap penjuru malah kelibat Safee serta Safiq Rahim tenggelam sepanjang permainan.

Kesebelasan utama pemain :

SELANGOR : Mohd Iqbal Mohd Suhimi, P Gunalan, Yosri Derma Raju, Mohd Razman Roslan, Mohd Asrarudin Putra Omar, Mohd Hardi Jaafar (Mohd Fazilidin Khalid), Mohd Amri Yahyah (KP)(S Sritharan), Shafiq Rahim (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Fadzli Shaari dan Mohd Safee Mohd Sali.
FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Khairul Izuan Rosli)(Khairan Eroza Razali) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-5-1


STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Selangor (4) Kelantan (3)
Percubaan tersasar : Selangor (6) Kelantan (4)
Sepakan sudut : (5) Kelantan (3)
Sepakan percuma : Selangor (25)  Kelantan (16)
Offsaid : Selangor (5) Kelantan (1)
Kekasaran : Selangor (10) Kelantan (24)
Kad kuning : Selangor (Mohd Razman Roslan) Kelantan (Mohd Shakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaluddin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Empat minit
Penguasaan bola : Selangor (48%) Kelantan (52%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Yusof Mat Karim
Penolong Pengadil 1: Mohd Hanif Abd Rahman
Penolong Pengadil 2: M Sivanesan
Pegawai Keempat : S Sittharanjanan
Komisionel Perlawanan : Mustaq Khan Alias Khan
General Kordinator : Suhairi Rahmad


sumber: Kelate.net, Sinar & Utusan

No comments: