Pages

17 December 2010

Nasi Kerabu sgt Sedap

Today KAMI lunch menu nasi kerabu. jadi terasa nak buat post pasal nasi kerabu.hehe....
jadi ni ada sedikit resipi nak bwt nasi kerabu..
KAMI dah selidik kt internet guna google je...

Bahan-bahan 

Gambar hiasan dari www.rempah.com


1. nasi putih (family liza makan nasi putih je) - sedap buat nasi kukus

2. bahan kuah tumis
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
cili giling
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
garam secukup rasa
3. bahan sambal kerisik ikan
3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
3-4 ulas asam keping
1/2 biji kelapa parut
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
4. bahan budu
budu - family liza suka cap sedap sengoti @ cap yacop
4-5 biji cili padi
limau kasturi @ limau nipis @ lemon
5. bahan ulam kerabu
5-10 biji kacang panjang
1 biji timun
1/4 biji kubis
1 batang bunga kantan
1 batang serai
1 genggam daun kesum
1 genggam tauge

Cara-cara

  1. utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
  2. utk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
  3. utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
  4. utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
  5. sedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera :P

sumber:
http://www.rempah.com/blog/nasi-kerabu.htm
http://hanieliza.fotopages.com/?entry=792218
http://www.myresipi.com/top/detail/4435

4 comments:

erleena said...

btol ke cedap :D

nikamir said...

mmg sedap...cuba tnya budak2 kelantan..huhu

erleena said...

heee rumate saye bdak joho suke makan,saye tgok je,tapi tak teringin,macam ade dalam nasi kerabu uh hee~yg pling plek sket..kale die haha

nikamir said...

tu blom cuba la...
kalu cuba skali mesti nak lagi...
cuba la cari kalu gi pasar malam...