Pages

09 October 2011

TNB berhutang dengan Kerajaan Negeri Kelantan?

Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan terus mencari sumber pendapatan baru bagi negeri Kelantan dan langkah menuntut tunggakan dari Tenaga Nasional Berhad sejumlah RM93 juta buat masa kini amatlah wajar.

Menurut Exco bertanggungjawab Datuk Husam Musa ketika di sidang media petang semalam berkata tunggakan tersebut adalah bagi bayaran kawasan tadahan air di Empangan Hidro-elektrik Pergau Jeli semenjak 1990 lagi.

Husam juga berkata tuntutan ini adalah selaras dengan perjanjian asal antara kerajaan negeri dengan pihak Tenaga Nasional Berhad.

“ Semenjak dari awal sehingga kini kerajaan tidak menerima sebarang bayaran tersebut dan ia melibatkan keluasan 37 ribu hektar dan sebagai tindakan kerajaan negeri, kita telahpun menyediakan invois tuntutan kepada TNB”katanya lagi.

Menyentuh persoalan mengapa baru sekarang kerajaan membuat tuntutan tersebut Husam menjelaskan pihaknya mempunyai satu jawatankuasa hasil dan mereka sentiasa memikirkan cara untuk menambahkan pendapatan kepada negeri.

Namun demikian TNB sentiasa menjelaskan bayaran bagi penggunaan tanah dan air bai menjanakan kuasa hidro di empangan Pergau dan wang tersebut disalurkan kepada akaun Warisan Tabung Tok Kenali.

Kerajaan amat berharap pihak TNB dapat menjelaskan tunggakan tersebut secepat mungkin bagi kepentingan rakyat negeri ini.

No comments: